Saturday, 11 March 2017


Tempat Makan & Makanan Yang Menarik Di Johor.

Destinasi untuk tempat makan di Johor memang banyak memandangkan negerinya yang sangat besar.Antara makanan yang popular di Johor ialah Asam Pedas Johor,Mee Bandung Muar,Nasi Briyani Gam,Sup Gearbox dan Laksa Johor.


Asam Pedas,Muar


Mee Bandung,Muar.


Nasi Briyani Gam,Johor.


Sup Gearbox


Laksa Johor.

Laksa Johor ini berbeza dengan laksa-laksa di negeri lain kerana laksa Johor menggunakan spagetti.Sesiapa yang dah rasa pasti nak lagi.Nyummm..nyumm sedap gila wei...Meh laa datang Johor try semuanya.








Taman Tema Di Johor.


Legoland Malaysia Resort(Outdoor) -  Sebuah resort dan tempat pelancongan di Johor yang paling popular dan terletak di Nusantara,Johor Bahru.Di sini menempatkan banyak hiburan untuk seisi keluarga.Ada juga disediakan taman tema dan gelongsor air yang menarik.Terdapat juga anyak kolam renang untuk seisi keluarga daripada kanak-kanak hingga ke orang dewasa.Tiket masuk ke taman tema ini juga sangat berpatutan.



Hello Kitty Town - Salah sebuah Taman Tema yang dibina untuk kanak-kanak yang menggemari kartun Hello Kitty.Taman Tema ini sangat sesuai untuk kanak-kanak perempuan malahan sesuai untuk remaja yang meminati kartun Hello Kitty.Taman Tema ini mula eroperasi pada tahun 2012 di Johor Bahru.



Tarikan Alam Semulajadi Di Johor.


Taman Negara Endau Rompin - Merupakan hutan simpan yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.Taman Negara Endau Rompin ini kaya dengan flora dan fauna dan batuan yang berusia jutaan tahun.Taman Negara ni merupakan sempadan antara negeri Johor dan Pahang.Ada 2 pintu masuk untuk masuk ke taman negara ini jika anda berada di Johor , yang pertama melalui Jalan Segamat-Yong peng ( Selai ) dan lagi satu Jalan Kahang-Kluang ( Kg Peta ).


Air Terjun Kota Tinggi - Boleh dikatakan antara air terjun yang popular dikalangan orang Johor.Air terjun ini juga menempatkan pelagai kemudahan asas yang lengkap untuk pengunjungnya.Di sini juga terdapat chalet yang membolehkan anda yang berkunjung untuk menginap.


Pulau & Pantai-pantai yang menarik.


Pantai Desaru - Pantai Desaru merupakan antara pantai yang paling popular dikalangan orang JB dan Singapore.Pelancong dari negara lain juga kerap berkunjung ke Desaru.Terdapat banyak hotel-hotel dan resort yang murah dan harga yang berpatutan di sini.Anda tidak akan menyesal jika melancong ke sini.


Pulau Sibu - Antara pulau-pulau yang menjadi perhatian jika anda berkunjung ke Johor.Pulau Sibu ini merupakan pulau kecil yang membolehkan anda datang bercuti dan melakukan aktiviti riadah air seperti snorkeling atau menyelam.Pulau Sibu terdiri daripada beberapa pulau lain seperti Pulau Sibu Besar,Pulau Sibu Tengah dan Pulau Sibu kukus.Di sini juga terdapat resort & chalet untuk anda menginap.

Friday, 10 March 2017


PELANCONGAN MENARIK DI JOHOR.

Johor Darul Takzim (JDT) boleh dikatakan sebuah negeri yang mempunyai semua jenis tarikan pelancongan baik Taman Tema,alam semulajadi yang indah,pantai-pantai yang bersih,pulau-pulau yang cantik ila dipandang,air terjun yang jernih,makanan yang menarik dan macam-macam lagi.

Tempat Bersejarah & Muzium Di Johor.


- Muzium Kota Johor Lama

Kota Johor Lama terletak di tebing kiri Sungai Johor kira-kira 27 km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30 km dengan jalan darat melalui Jalan Desaru ke Teluk Sengat. Kota ini terletak di kawasan ladang getah atas tebing muara Sungai Johor. Terdapat juga beberapa buah perkampungan Melayu seperti Kampung Teluk Sengat dan Kampung Johor Lama.
Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor. Baginda mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudian ditambak dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.
Paulo de Lima Pareira melaporkan bahawa dalam peperangan tersebut, Portugis memusnahkan langsung pusat pemerintahan Kota Johor Lama lalu dibakar dan Kota Batunya dimusnahkan. Beliau telah merampas 800 pucuk meriam gangsa, emas, perak, 1,200 buah perahu besar dan kecil dan sebagainya. Menurutnya kapal yang membawa rampasan perang ini telah karam di perairan Indonesia. Sejak dari tarikh itu pusat pemerintahan di Tanjung Batu dengan Kota Batunya yang gagah tidak lagi dijadikan ibu negeri oleh sultan-sultan Johor yang berikutnya.
Kota Johor Lama terbiar buat seketika hinggalah zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685). Pada tahun 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil Paduka Raja (bapa mertua Sultan Ibrahim) telah datang ke Johor Lama dari Siak dan membunuh Temenggong. Sultan Ibrahim telah cuba membina semula Johor Lama dan memindahkan pusat pemerintahan ke sana tetapi tidak tercapai kerana mangkat di Riau pada 16 Februari 1685. Kota Batu Johor Lama menjadi tempat bersemayan sementara Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Pada ketika itu pusat pemerintahan baginda terletak di Pasir Raja, Kota Tinggi (Kampung Makam sekarang). Selepas baginda mangkat Kota Johor Lama tidak digunakan lagi.